Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    China julang Piala Uber

    CHENGDU, 5 MEI – China mengekalkan keunggulan mereka dengan menewaskan Indonesia untuk memenangi Piala Uber buat kali ke-16 hari ini.

    China, yang tewas pada perlawanan akhir kepada Korea Selatan di Bangkok dua tahun lalu, menewaskan Indonesia 3-0, bermain dalam final Piala Uber pertama mereka sejak 2008.

    Juara Olimpik, Chen Yu Fei memberikan China permulaan yang sempurna apabila menewaskan Gregoria Mariska Tunjung 21-7, 21-16. Gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan kemudian mengalahkan Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Ribka Sugiarto 21-11, 21-8 untuk mendapatkan kelebihan 2-0 yang meyakinkan.

    Pemain remaja, Ester Nurumi berusaha keras untuk Indonesia sebelum He Bing Jiao bangkit untuk menang 10-21, 21-15, 21-17.

    “Kali terakhir amat memalukan kami kerana tidak dapat memenangi Piala Uber, jadi sejak dua tahun lalu kami sentiasa bersedia, dan kami bermain di tempat sendiri,” kata He.

    Hari ini, kedua-dua negara akan bertemu dalam perlawanan akhir Piala Thomas. Buat pertama kali sejak 2012, negara yang sama akan beraksi dalam kedua-dua peringkat akhir lelaki dan wanita. – AP

    Chen menjulang Piala Uber selepas memimpin pasukan China mengalahkan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir yang diadakan di Chengdu di barat daya Wilayah Sichuan, China kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...