Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Kongsi tip berhadapan dengan kera

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Orang ramai disarankan untuk tidak memberikan makanan, memukul atau menakutkan serta lari secara mengejut ketika berhadapan dengan kera kerana ia mungkin mengakibatkan monyet-monyet berkenaan untuk merasa cemas serta bertindak agresif terhadap mereka.

    Saranan itu antara yang dikongsi oleh sekumpulan sukarelawan dari @monkeyguarding yang menyampaikan siri ceramah bermaklumat bertajuk What To Do When you Encounter a Monkey di Ruang Aktiviti, Kompleks Membeli-belah Mabohai, hari ini.

    Ceramah anjuran Kompleks Membeli-belah Mabohai dengan kerjasama @monkeyguarding itu telah menyaksikan kehadiran orang ramai terdiri daripada keluarga dan para pendidik yang ingin mengetahui lebih dekat lagi mengenai perkara yang mereka boleh lakukan apabila berhadapan dengan kera.

    Menurut Pengurus Kompleks Membeli-belah Mabohai, Yee-Man Cheng, mereka amat teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan @monkeyguarding untuk mengetengahkan perbincangan yang penting kepada masyarakat di mana ia menekankan komitmen mereka kepada pendidikan, pemuliharaan dan mempromosikan kewujudan bersama antara manusia dan kera yang sering dijumpai di Negara Brunei Darussalam.

    Kumpulan sukarelawan daripada @monkeyguarding menerima latihan di The Jane Goodall Institute Singapore di mana mereka menyampaikan ceramah yang menumpukan kepada mengenali monyet, sifat unik serta respons yang sesuai apabila terserempak dengan kera.

    Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan telah mendapat maklumat penting tentang interaksi dengan kera secara selamat, mengelakkan konflik serta mempelajari mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang jangan dilakukan apabila mereka terserempak dengan kera.

    Ceramah itu bermatlamat untuk melenyapkan salah faham dan ketakutan menyelubungi kera, memupuk rasa kefahaman serta menjana batasan yang selamat antara manusia dan kera di kawasan bandar.

    Sukarelawan dari @monkeyguarding menyampaikan maklumat mengenai perkara yang dilakukan ketika terserempak dengan kera semasa siri ceramah, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...