Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Penghantaran telefon pintar China cecah 69.3 juta unit

    BEIJING, 5 MEI – Penghantaran telefon pintar China meningkat sebanyak 6.5 peratus tahun ke tahun kepada 69.3 juta unit pada suku pertama (Q1) 2024, data daripada laporan industri menunjukkan.

    Walaupun angka pertumbuhan ini disokong oleh tahun asas perbandingan yang rendah, ia menandakan pertumbuhan suku berturut-turut yang kedua, menambah momentum kepada pemulihan pasaran, menurut laporan daripada firma penyelidikan pasaran global International Data Corporation (IDC).

    Pasaran menyaksikan angka penghantaran yang lebih baik daripada jangkaan, didorong oleh pertumbuhan kukuh dariapda syarikat Honor dan Huawei, manakala perayaan Tahun Baharu Lunar pada Q1 turut merangsang sentimen untuk membeli-belah dan permintaan untuk telefon pintar itu, IDC berkata.

    Laporan IDC juga menyatakan bahawa peranti boleh lipat mengalami pertumbuhan yang berterusan dan ketara pada tahun ini. Pertumbuhan pasaran keseluruhan dari segi peranti boleh lipat pada Q1 melonjak 83 peratus tahun ke tahun, mencatatkan jumlah penghantaran yang mengejutkan sebanyak 1.86 juta unit.

    Dalam segmen mewah, desas desus kecedaran buatan (AI) dan kesan produk boleh lipat membolehkan vendor-vendor telefon pintar Android membezakan diri mereka daripada Apple, sekali gus menambah minat yang meningkat daripada pengguna China, tambahnya. – Xinhua

    Seorang tetamu bergambar dengan telefon pintar di Muzium Besar Mesir di Kaherah, Mesir, pada Oktober 2023. Penghantaran telefon pintar China dilaporkan tinggi kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...