Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Seronok sertai acara Hari Keluarga

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 5 MEI – Lebih 120 ahli keluarga besar Hassan dan Hajah Rafelen (HHR) berkumpul di padang terbuka di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) untuk meluangkan hari minggu menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan sempena Hari Keluarga, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah salah seorang ahli keluarga, Dayang Rapiah binti Hassan, yang turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.

    Kehadiran beliau dan ahli keluarga lain disambut oleh pengerusi perhimpunan, Awang Muhammad Ali bin Hassan.

    Bercakap kepada media, Awang Muhammad Ali menjelaskan perhimpunan itu memberikan peluang kepada mereka sekeluarga meluangkan masa bertukar-tukar khabar berita sesama ahli keluarga lain di samping memberikan peluang kepada kanak-kanak dan orang dewasa bergembira melalui permainan dan aktiviti yang diadakan.

    “Untuk tahun ini, seorang daripada saudara perempuan kami Dayang Rapiah, dipilih menjadi tetamu kehormat, kerana kami bercadang untuk mengadakan giliran tetamu istimewa yang terdiri daripada enam abang dan kakak lebih tua dalam keluarga.

    Dengan cara ini, kami memastikan bahawa setiap tahun kami boleh berkongsi kegembiraan dan keterujaan bersama adik-beradik kami serta ahli keluarga mereka,” tambahnya.

    Selain permainan dan aktiviti yang dianjurkan, hadiah turut disampaikan kepada ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah pada akhir acara.

    Antara aktiviti yang dianjurkan sempena Hari Keluarga di Kelab Rekreasi Liang Lumut kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...