Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Banjir lumpur ragut 36 nyawa

    LIMA, 7 FEB – Tiga puluh enam orang terbunuh di Peru selepas banjir lumpur menimbus beberapa perkampungan di Camana, di wilayah selatan Arequipa, pihak berkuasa mengesahkannya semalam.

    “Kami baru sahaja bercakap dengan ejen perbandaran sektor Miski yang melaporkan 36 kematian,” kata Setiausaha Teknikal Institut Pertahanan Awam Negara, Wilson Gutierrez, kepada Radio Programs of Peru.

    Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan beberapa perkampungan termasuk di Pampaylima, Venado de Oro, Infiernillo, San Martin, Posko Miski dan Secocha, kesemuanya terletak di daerah Mariano Nicolas Valcarcel, lapor Xinhua. – Bernama

    Penduduk berdiri mengelilingi mayat yang terbunuh dalam runtuhan tanah di Camana, Peru pada 6 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...