Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Chanyeol EXO ingin kembali lagi ke Bali bersama Sehun

    Chanyeol EXO sudah sering kali berkunjung ke Indonesia. Selain Jakarta, dia juga pernah melawat bandar-bandar lain seperti Bali.

    Dalam sidang media di Stadium Antarabangsa Beach City, Jakarta Utara, baru-baru ini, Chanyeol menyatakan hasratnya untuk kembali ke sana.

    Bukan sahaja dirinya, penyanyi berusia 30 tahun itu mahu pulang ke Bali bersama rakannya yang merupakan sebahagian daripada sub-unit EXO-SC, Sehun.

    “Saya pernah melawat Bali sebelum ini. Saya mempunyai kenangan yang indah di sana jadi saya ingin pergi ke sana bersama Sehun,” kata Chanyeol kepada kru media.

    Dia ingin melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama Sehun di Bali. Salah satunya adalah menikmati keindahan pantai dan mencuba pengangkutan laut.

    Chanyeol EXO menyatakan hasratnya ingin kembali ke Bali bersama rakannya, Sehun. – Agensi

    “Berenang di pantai, menaiki kapal layar, berkayak atau berperahu, melakukan perkara seperti itu,” kata pemilik nama penuh Park Chanyeol.

    Sementara itu, Sehun dan Chanyeol turut meluahkan perasaan mereka ketika berada di Jakarta. Kedua-duanya merasakan pengalaman seperti berada di rumah semasa berada di Indonesia.

    “Seronoknya hari ini dapat datang dengan Chanyeol untuk awda semua. Semalam sambil makan kami berbual-bual, sebenarnya memang sedap makanan di sini,” kata Sehun dalam acara fancon itu.

    EXO-SC berjaya mengadakan fancon bertajuk EXO-SC Back to Back di Stadium Antarabangsa Beach City, Jakarta, baru-baru ini. Sehun dan Chanyeol mempersembahkan beberapa lagu dan memainkan pelbagai jenis permainan.

    Sehun dan Chanyeol turut mencuba permainan yang popular di Indonesia ketika ini iaitu lato-lato. Mereka berdua juga sempat menjamah hidangan khas Indonesia iaitu klepon. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...