Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Beto nafi berselisih faham

    Susulan namanya tidak tersenarai untuk membintangi filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, aktor handalan, Beto Kusyairy menjelaskan ia adalah di luar bidang kuasanya dan tidak mempunyai hak mempersoalkan keputusan penerbit.

    Tegas Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman berkata, dia perlu bersikap profesional dan hanya akan bekerja mengikut tawaran diberikan.

    “Saya tiada kuasa mempersoalkannya kerana ia adalah hak penerbit menentukan segala keputusan.

    “Mungkin penerbit mempunyai percaturan tersendiri. Jadi, saya tiada kuasa, sama ada mahu atau tidak, ia bukan kehendak pelakon.

    “Saya terima sesebuah job atas tawaran diberikan. Jika tak ditawarkan, apa yang saya boleh buat?

    “Lagipun, saya sudah ada projek lain dan perlu fokus dengannya,” katanya kepada BH Online.

    Ditanya adakah ketiadaan nama Beto dalam senarai ada kaitan dengan perselisihan faham membabitkan mereka, pelakon drama rantaian Bougainvillea itu menafikannya sebagai punca.

    “Kami tiada perselisihan. Saya sangat profesional dalam bekerja. Kalau ditawar dan wataknya bersesuaian, sudah tentu saya tidak menolak.

    “Jika watak sesuai, tetapi tidak ditawarkan, lebih baik move on.

    “Namun, kena tengok skrip dan kandungan cerita setiap naskhah yang ditawarkan,” ujarnya. – Agensi

    Beto bersikap profesional dan hanya akan bekerja mengikut tawaran diberikan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...