Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    EU sedia sokongan ketenteraan untuk Ukraine

    BRUSSELS, 23 MAC – Pemimpin EU bersedia untuk membuat perjanjian yang bertujuan untuk menghantar 1 juta peluru artileri ke Ukraine dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk membantu negara itu menentang tentera penceroboh Rusia.

    Prosedur pantas itu diterima pakai semasa mesyuarat menteri luar dan menteri pertahanan awal minggu ini, dan para pemimpin yang berhimpun di sidang kemuncak di Brussels pada hari ini akan memberikannya persetujuan politik, menurut beberapa diplomat kanan EU.

    Idea untuk membantu Ukraine dengan menubuhkan pelan pembelian peluru merupakan tindakan yang serupa dengan rancangan semasa wabak koronavirus untuk membeli vaksin pertama kali dibawa ke meja bulan lalu oleh Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas.

    Ketua dasar luar EU, Josep Borrell berkata beliau telah mendapat kelulusan untuk cadangan itu dengan menyediakan 1 bilion euro untuk menggalakkan negara anggota menyediakan peluru meriam daripada stok mereka atau membuat pembelian baharu dengan industri pertahanan.

    Tambahan 1 bilion euro juga akan digunakan untuk mempercepatkan pesanan baharu dan menggalakkan negara bekerjasama dalam pembelian tersebut melalui Agensi Pertahanan Eropah atau dalam kumpulan sekurang-kurangnya tiga negara.

    Di antara 27 negara EU, Hungary mengumumkan ia tidak akan mengambil bahagian dalam pembekalan peluru ke Ukraine, tetapi berkata ia tidak akan menghalang ahli lain daripada berbuat demikian dengan menyekat perjanjian itu. – AP

    Presiden Majlis Eropah, Charles Michel (kanan) dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, Antonio Guterres bercakap dengan media semasa sidang kemuncak EU di bangunan Majlis Eropah di Brussels pada 23 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -