Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    41 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Sempena Hari Air Sedunia, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah kelmarin mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Jabatan Air, Tasek Lama.

    Sebanyak 41 pain berjaya dikumpul sepanjang kempen berkenaan bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

    Kempen itu diadakan bagi menambah stok darah pusat pendermaan darah dan tabung-tabung darah di kesemua hospital kerajaan di negara ini bagi keperluan pesakit yang memerlukan rawatan.

    Sehubungan itu, sempena bulan Ramadan, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai untuk datang menderma darah dan meneruskan menderma setiap dua hingga tiga bulan, tertakluk kepada tahap kesihatan penderma bagi sama-sama membantu usaha pusat pendermaan darah dalam meningkatkan lagi stok bekalan darah.

    Antara yang hadir mendermakan darah di Jabatan Air, Tasek Lama.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...