Monday, May 6, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Gaza Freedom Flotilla disertai cucu Nelson Mandela

    ISTANBUL, 25 APRIL – Cucu Nelson Mandela menyeru masyarakat dunia untuk terus memberi tekanan dan menyekat kapal milik Israel dari memasuki pelabuhan mereka bagi mencapai gencatan senjata dan menghentikan pengeboman di Gaza.

    Mandla Mandela yang juga Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), berkata pihak berkuasa tempatan juga perlu tegas dalam menolak dan membatalkan permit yang dipohon oleh Israel untuk berlabuh di pelabuhan mereka.

    “Hari ini kami memanggil mereka yang bekerja di pelabuhan seluruh dunia untuk memastikan tiada produk atau barangan dan kapal dari Israel masuk melalui pelabuhan mereka.

    “Kami ingin menyeru kepada masyarakat global, semua pelabuhan mesti membatalkan permit Israel masuk ke pelabuhan mereka supaya tidak boleh terus berdagang dengan bebas,” katanya ketika ditemui wartawan di Istanbul, kelmarin.

    Disember lepas, Malaysia telah memutuskan untuk menyekat dan melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia.

    Larangan kekal yang berkuat kuasa serta-merta itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

    Meskipun tindakan itu dilihat sebagai langkah yang ‘kecil’, ia mampu mengubah corak ekonomi Israel khususnya sekatan di pelabuhan-pelabuhan utama dunia.

    “Kita telah melihat tindakan ‘kecil’ ini boleh dilakukan. Memandangkan kerajaan tidak melakukan tindakan secukupnya, kami sebagai aktivis kemanusiaan berupaya membawa perubahan yang diperlukan”, ujarnya lagi. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...