Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Tiga cedera selepas ditikam di sekolah

    LONDON, 25 APRIL – Tiga orang dilaporkan cedera dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Wales kelmarin, kata polis.

    Serangan itu berlaku di Sekolah Amman Valley kira-kira 60 batu dari barat laut Cardiff. Dua ambulans udara kelihatan di sekolah bersama beberapa kenderaan polis.

    “Tiga orang cedera dan sedang menerima rawatan,” kata seorang jurucakap polis, sambil menambah seorang individu telah ditangkap dan polis tidak mencari suspek yang lain.

    Polis berkata mereka mengetahui tentang rakaman kejadian yang tular di media sosial. Satu video dikatakan menunjukkan kesan daripada insiden tikaman itu.

    Karen Davies, gabenor di sekolah itu, memberitahu Wales Online dia percaya dua kakitangan sekolah turut cedera dalam insiden tersebut.

    “Saya tidak dapat mengesahkan mengenai tahap keseriusan kecederaan tersebut,” katanya.

    Sekolah Amman Valley mempunyai 1,450 orang murid yang berumur antara 11 dan 18 tahun.

    Menteri Pertama Wales, Vaughan Gething berkata beliau ‘terkejut mendengar’ tentang ‘insiden serius’ itu. – AFP

    Polis berada di sekolah Amman Valley selepas tiga orang cedera di Ammanford, Wales, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...