Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak meningkat susulan pengurangan pengeluaran OPEC+

    NEW YORK, 6 JUN – Harga niaga hadapan minyak mentah mencatatkan pertumbuhan sederhana, kelmarin apabila anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan kongsinya mengumumkan langkah baharu pengurangan pengeluaran, lapor Xinhua.

    West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai meningkat 0.41 dolar Amerika Syarikat (AS), atau 0.57 peratus, untuk ditutup pada 72.15 dolar setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos meningkat 0.58 dolar atau 0.76 peratus untuk ditutup pada 76.71 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.W

    Pada Ahad, OPEC dan rakan kongsinya mengumumkan pengurangan pengeluaran sepanjang 2024 dengan 1.393 juta tong minyak mentah dikurangkan setiap hari.

    Sembilan anggota OPEC+, diketuai oleh Rusia dan Arab Saudi, juga akan melanjutkan pengurangan pengeluaran sukarela sedia ada pada 2024. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda