Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Kante terlepas peluang bermain di Piala Dunia

    LONDON, 19 OKT – N’Golo Kante bakal terlepas peluang mempertahankan kejuaraan Piala Dunia bersama Perancis selepas Chelsea mengesahkan pemain tengahnya itu tidak akan beraksi selama empat bulan kerana menjalani pembedahan pahanya yang cedera.

    Pemain 31 berusia tahun itu tidak beraksi sejak perlawanan menentang Tottenham pada Ogos.

    “N’Golo Kante menjalani pembedahan kerana kecederaan hamstring. Pemain tengah itu mengunjungi pakar bagi melihat pilihan untuk pemulihannya dan dia bersetuju untuk menjalani pembedahan.

    Selepas pembedahan, N’Golo dijangka berehat selama empat bulan,” kata kelab Inggeris itu dalam satu kenyataan.

    Kante merupakan tonggak kepada kejayaan Perancis di Russia empat tahun lalu dan ketiadaannya bakal dirasai pengendalinya, Didier Deschamps dengan gandingannya di bahagian tengah, Paul Pogba juga masih belum pasti dapat beraksi di Qatar.

    Ia juga berita yang kurang menyenangkan buat Chelsea yang berharap dapat kembali bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas permulaan cemerlang di bawah kendalian Graham Potter.

    Chelsea kini berada lapan mata di belakang pendahulu, Arsenal yang bermain lebih satu perlawanan. – AFP

    N’Golo Kante, disahkan tidak dapat beraksi di dalam Piala Dunia 2022 akibat kecederaan paha yang dialaminya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...