Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Patuhi SOP Perhimpunan Khas Wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada 22 Oktober ini di Royal Berkshire Hall, Jerudong.

    Majlis yang diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di negara ini itu antara lain akan diisikan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, persembahan Dikir Marhaban, ceramah khas dan selawat.

    Tema bagi majlis tahun ini ialah ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafa’at Rasulullah SAW’.

    Bagi membendung penularan wabak COVID-19, para jemputan yang akan hadir dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk melakukan ujian pantas antigen (ART) di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth.

    Jemputan hendaklah menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi BruHealth kepada penyambut tetamu atau ahli jawatankuasa yang bertugas, digalakkan mensanitasi tangan, elakkan untuk bersalam-salaman dan sentiasa melaksanakan penjarakan sosial mengikut SOP Kementerian Kesihatan.

    Hanya individu yang mempunyai keputusan ART negatif sahaja dibenarkan masuk dan individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesema, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

    Para jemputan dinasihatkan melakukan ujian pantas antigen (ART) di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth sebelum menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Wanita.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...