Monday, May 6, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Khazri bantu Tunisia bangkit semula

    LIMBE, CAMEROON, 17 JAN – Bekas pemain penyerang Liga Perdana, Wahbi Khazri menjaringkan dua gol ketika Tunisia pulih daripada kekalahan kontroversi kepada Mali dengan membelasah Mauritania 4-0 di Limbe kelmarin dalam Piala Negara-Negara Afrika.

    Keputusan perlawanan hari kedua kumpulan F terbuka luas apabila Gambia dan Mali mempunyai empat mata, selepas seri 1-1 di antara mereka sebelum ini, dan Tunisia dengan tiga mata dan satu perlawanan akan datang.

    Tunisia berdepan dengan Gambia dan Mali menentang Mauritania pada Khamis dengan dua penyudah teratas menempah tempat pusingan kedua dan pasukan tempat ketiga berkemungkinan mara ke pusingan seterusnya sebagai empat pasukan terbaik.

    Khazri, yang menyertai pasukan tempat teratas, Sunderland pada 2016 dan sekarang bermain dengan pasukan Ligue 1 Perancis, Saint-Etienne, menjaringkan dalam setiap separuh masa dan mencipta satu gol lagi untuk Seifeddine Jaziri.

    Hasilnya dapat dijangka ketika Tunisia berada di tempat ke-73 di atas Mauritania dalam ranking dunia dan memenangi 12 daripada 16 perlawanan sebelumnya di antara mereka dengan empat seri.

    Semasa negara-negara bertembung di Piala Arab, Qatar bulan lalu, Tunisia merangkul kemenangan 5-1 tanpa bintang pemain Eropah mereka yang tidak tersedia itu.

    Tunisia tewas kepada Mali dalam perlawanan hari pertama selepas pengadil Zambia, Janny Sikazwe meniup wisel masa penuh walaupun masih ada baki 13 saat dan masa tambahan yang tidak diumumkan untuk bermain.

    Jaringan 1-0 kekal ketika Tunisia menolak untuk kembali ke padang dan meneruskan perlawanan, kata salah seorang pemain. – AFP

    Reaksi Wahbi Khazri (kedua kiri) meraikannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Kumpulan F Piala Negara-Negara Afrika 2021 antara Tunisia dan Mauritania di Stadium Limbe Omnisport di Limbe, 16 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...