Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tonga mungkin ‘terjejas teruk’

    SYDNEY, 17 JAN – Negara Pulau Pasifik Tonga hampir-hampir terputus hubungan dengan negara seluruh dunia hari ini, selepas ledakan gunung berapi besar telah melumpuhkan komunikasi manakala usaha bantuan kecemasan tertangguh.

    Ia berlaku dua hari selepas gunung berapi Tonga-Hunga Ha’apai meledak, menyelubungi Tonga dengan lapisan abu, kemudian mencetuskan tsunami seluruh Pasifik dan gelombang kejutan yang menyelubungi keseluruhan kawasan tersebut.

    Namun dengan tiang telefon masih tidak berfungsi dan kabel internet dasar laut terputus – serta dijangka tidak dapat dibaiki selama berminggu-minggu – tahap sebenar bencana daripada tsunami dan ledakan itu belum dikenal pasti.

    Hanya sedikit maklumat yang diperolehi menerusi telefon satelit di pulau yang mempunyai penduduk sekitar 100,000 orang.

    Negara jiran Tonga yang bimbang, bergelut untuk memahami skala kemusnahan, yang mana pemimpin New Zealand, Jacinda Ardern berkata dipercayai sangat ‘besar’.

    Pesawat Pasukan Udara Diraja Australia, P-8 Poseidon bersedia untuk berlepas dari Pangkalan Amberley RAAF di Queensland untuk membantu kerajaan Tonga selepas ledakan gunung berapi Tonga-Hunga-Haa’pao pada 15 Januari. – AFP

    Kedua-dua Wellington dan Canberra menyiapkan pesawat peninjauan hari ini dalam satu percubaan untuk menilai kemusnahan dari udara.

    Kedua-duanya juga mempersiapkan pesawat pengangkutan tentera C-130 untuk menggugurkan bekalan kecemasan atau mendarat jika landasan berfungsi dan penglihatan udara mengizinkan.

    Terdapat laporan awal yang kawasan di pantai barat itu mungkin terjejas teruk.

    Menteri pembangunan antarabangsa Australia, Zed Seselja, berkata kontinjen kecil polis Australia yang ditugaskan di Tonga telah menghantar penilaian awal ‘perkara membimbangkan’.

    Mereka ‘dapat melakukan penilaian ke atas beberapa kawasan pantai Barat dan terdapat kemusnahan besar terhadap jalan raya dan beberapa buah rumah,” kata Seselja.

    “Salah satu berita baik yang saya dimaklumkan adalah lapangan terbang tidak mengalami sebarang kerosakan teruk.

    “Ia adalah sangat-sangat penting sebaik saja asap abu hilang dan kami akan dapat menghantar pesawat ke Tonga bagi tujuan kemanusiaan,” tambahnya.

    Apa yang diketahui pada ledakan gunung berapi pada Sabtu adalah yang terbesar pernah dicatatkan dalam masa beberapa dekad, meletus 30km ke udara dan memuntahkan debu, gas dan hujan berasid di seluruh Pasifik.

    Ledakan itu direkodkan di seluruh dunia dan dapat didengarkan sejauh Alaska, mencetuskan tsunami yang membanjiri pesisir Pasifik dari Jepun hingga Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...