Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta

    SEREMBAN, 25 APRIL – Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.

    Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

    Beliau berkata persiapan SUKMA ke-21 ketika ini berjalan lancar, dengan ada fasiliti sukan baharu yang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun ini, di samping pelaksanaan kerja-kerja naik taraf beberapa venue sukan lagi.

    “Perkara yang perlu diperhalusi adalah logistik, membabitkan pergerakan kontinjen negeri-negeri yang terlibat pada SUKMA ini (bagi memastikan ia) dapat berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Kunjungan Hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA ke-21, sempena Promosi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 keatas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Gambar Bernama

    Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka Datuk Kalsom Nordin.

    Abdul Karim berkata pada masa ini infrastruktur jalan raya di Sarawak bertambah baik, termasuk lebuh raya Pan Borneo yang hampir seratus peratus siap.

    Semalam media melaporkan temasya SUKMA Sarawak bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan melibatkan lebih 12,000 atlet, mengambil bahagian dalam 37 acara sukan yang dipertandingkan.

    Sementara itu Aminuddin berkata Negeri Sembilan menyertai 30 daripada 37 acara yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA kali ini dengan penyertaan kontinjen yang mengandungi 500 orang, termasuk sekretariat, pasukan perubatan, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet.

    “Bagi SUKMA kali ini, kita meletakkan sasaran ranking di bawah 10 kontinjen terbaik, dengan sasaran pingat emas melebihi 19. Saya berharap kontinjen negeri dapat membuktikan kemampuan, berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...