Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kucing ditemui dalam kotak hantaran Amazon?

    LOS ANGELES, 30 APRIL – Seekor kucing yang ingin tahu menyelinap ke dalam sebuah kotak terbuka telah dihantar ke gudang Amazon di Amerika Syarikat setelah tuannya menutup kotak tersebut tanpa pengetahuan kucing itu berada dalam kotak.

    Haiwan peliharaan Carrie Clark, Galena, hilang dari rumahnya di Utah 10 April lalu, mencetuskan pencarian secara besar-besaran yang melibatkan penampalan poster tentang kehilangan kucing itu di sekitar kawasan kejiranan.

    Tetapi seminggu kemudian, doktor haiwan yang berada ratusan kilometer jauhnya di Los Angeles telah menghubungi untuk memberitahu kucing itu telah ditemui dalam sebuah kotak oleh seorang pekerja gudang di pusat Amazon.

    “Saya bergegas untuk memberitahu suami saya bahawa Galena telah ditemui dan kami bersedih apabila menyedari bahawa ia telah melompat ke dalam kotak besar yang kami hantar Rabu lalu,” beritahu Clark kepada televisyen KSL di Salt Lake City.

    Clark dan suaminya berlepas ke Los Angeles, di mana mereka mendapati pekerja Amazon, Brandy Hunter, telah menyelamatkan Galena yang berada dalam keadaan sedikit lapar dan dahaga selepas enam hari di dalam kotak kadbod, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Saya dapat tahu ia milik seseorang berdasarkan tingkah lakunya,” kata Hunter, menurut Amazon.

    “Saya membawanya pulang malam itu dan pergi ke doktor haiwan pada keesokan harinya untuk memeriksanya bagi mendapatkan mikrocip, dan selebihnya adalah sejarah.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...