Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tujuh pemberontak Maois ditembak

    RAIPUR, 30 APRIL – Sekurang-kurangnya tujuh pemberontak Maois ditembak mati oleh pasukan keselamatan India hari ini, dalam pertempuran terbaharu dalam konflik selama beberapa dekad yang berlaku di hutan tengah liar negara itu.

    Kumpulan pemberontak itu terbunuh di kawasan terpencil Chhattisgarh, yang telah menjadi lokasi beberapa serangan maut ke atas perkhemahan pemberontak tahun ini.

    Penempatan pasukan keselamatan di negeri itu telah diperkukuh sejak bulan lalu bersempena dengan pilihan raya umum India selama enam minggu.

    “Mayat tujuh pemberontak Maois telah ditemui,” beritahu ketua polis daerah Bastar, Sundarraj Pattilingam kepada AFP.

    Dua daripada kader yang terbunuh adalah wanita, katanya sambil menambah sejumlah besar senjata termasuk senjata api automatik telah ditemui.

    Pertempuran kali ini adalah yang ketiga pada bulan ini, selepas pembunuhan 29 gerila Maois pada 16 April dan 13 lagi pada 2 April. Kira-kira 90 pemberontak Maois telah terbunuh di India tahun ini dengan majoriti di Chhattisgarh, menurut polis. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...