Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Nadal terus memburu mimpi

    MADRID, 30 APRIL – Rafael Nadal berkata, dia melakukan yang terbaik untuk ‘terus bermimpi’ selepas terus kekal di Terbuka Madrid apabila menewaskan pemain Argentina, Pedro Cachin 6-1, 6-7 (5/7), 6-3 awal pagi tadi.

    Beraksi pada kejohanan terakhir di tempat sendiri sebelum bersara, juara lima kali itu memberikan jersinya kepada pemain nombor 91 dunia Cachin yang meminta cenderamata selepas tamat perlawanan.

    “Ada saat bagus, ada saat tidak. Saya temui jalan untuk melepasinya. Saya fikir pada set ketiga dengan beberapa kesilapan, saya masih mampu menang,” kata Nadal selepas tamat aksi pusingan ketiga.

    “Kini saya menikmatinya. Tunggu sahaja bagaimana saya bangun esok hari. Beraksi di tempat sendiri amat bermakna kepada saya, hanya melakukan yang terbaik untuk saya terus bermimpi.”

    Nadal akan menentang pemain pilihan ke-30, Jiri Lehecka di saingan 16 terakhir yang menewaskannya ketika sesi latihan seminggu lalu.

    Pemain berusia 37 tahun itu telah berhadapan dengan masalah fizikal, yang telah menghadkannya kepada lapan perlawanan musim ini.

    Ditanya sama ada ia akan mengejutkannya jika dia berjaya menewaskan Lehecka pada hari Selasa, Nadal berkata, “Ya, lebih-lebih lagi selepas perlawanan hari ini. Saya akan berdepan pemain yang bermain pada tahap yang sangat tinggi, yang mempunyai servis yang sangat kuat.”

    Walaupun Nadal sudah menewaskan lawan yang lebih tinggi minggu ini iaitu pemain nombor 11 dunia, Alex de Minaur, namun dia percaya kualiti bola Lehecka ‘adalah satu lagi peningkatan’. – AFP

    Reaksi Nadal meraikan kejayaan selepas menang pusingan ketiga perlawanan tenis kejohanan Terbuka ATP Tour Madrid 2024 di Caja Magica di Madrid. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...