Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Nishimoto, Yamaguchi juara Terbuka Jepun

    OSAKA, JAPAN, 4 SEPT – Pemain kegemaran tuan rumah Kenta Nishimoto dan Akane Yamaguchi menggembirakan penonton di badminton Terbuka Jepun di Osaka pada Ahad, memenangi gelaran perseorangan lelaki dan wanita untuk tuan rumah.

    Pemain nombor 21 dunia, Nishimoto mengejutkan pemain pilihan nombor empat Taiwan, Chou Tien-chen 21-19, 21-23, 21-17 untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya, selepas tewas dalam enam penampilan terakhirnya sebelum ini.

    Kemenangan Nishimoto memberikan penyokong tuan rumah sesuatu untuk diraikan selepas pemain pilihan nombor dua Jepun, Kento Momota tewas pada pusingan pertama awal minggu ini.

    Nishimoto yang berusia 28 tahun berkata dia ‘sangat gembira dan juga sedikit lega’ selepas mendapat gelaran pertamanya.

    “Saya sangat bimbang ketika memasuki perlawanan ketiga,” kata Nishimoto.

    “Dia seorang pemain veteran yang mempunyai banyak kemahiran yang tahu cara bermain dengan bijak, jadi saya perlu berhati-hati sehingga tamat.”

    Chou, yang mara ke separuh akhir kejohanan dunia minggu lalu di Tokyo, dikenali sebagai raja kemunculan semula badminton tetapi dia tidak dapat mencari jalan untuk mengatasi Nishimoto pada perlawanan ketiga. “Saya hanya cuba untuk terus mendesak,” kata Chou.

    Tambahnya lagi, “Ia berkesan pada set kedua tetapi pada set ketiga saya melakukan beberapa kesilapan dan sukar untuk bergerak lebih dekat.” – AFP

    Kenta Nishimoto (kiri) dan Akane Yamaguchi meraikan kemenangan di atas podium setelah menewaskan lawan masing-masing di kejohanan badminton Terbuka Jepun di Osaka kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...