Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pantau demi kemaslahatan masyarakat

    Baru-baru ini saya telah berkesempatan menghadiri upacara perkahwinan di Kampung Bolkiah A, Jeti 1.

    Alhamdulillah acara berkenaan berjalan dengan lancar, namun apa yang saya cuba bangkitkan melalui surat pembaca ini adalah mengenai kemudahan yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Agak mengecewakan dan saya berasa bersimpati dengan penduduk di sana seolah-olah dianaktirikan berbanding kawasan berdekatan.

    Ketika saya menghadiri acara itu, saya memilih untuk melalui laluan darat dan mendapati titian hendak menuju ke kawasan Jeti 1 tersebut dalam keadaan begitu usang sehinggakan boleh membahayakan sesiapa saja yang menggunakannya.

    Saya ditanya oleh seorang tetamu atau mungkin beliau penduduk di sana, mengenai perasaan saya ketika melintasi titian itu.

    Beliau sempat memberitahu saya bahawa baru-baru ini terdapat sekeluarga jatuh kerana titian tersebut roboh.

    Saya mendapati juga bahawa mereka yang tinggal di sana sudah membuat aduan bertahun-tahun lamanya namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil.

    Justeru, diharapkan pihak relevan dapat memantau dan menyelenggarakan titian tersebut kerana ia digunakan setiap hari oleh penduduk di sana.

    Sebagai pengunjung, saya berasa simpati dengan penduduk kampung yang terpaksa melalui titian tersebut yang begitu usang dan terfikir nasib mereka jika terpaksa berjalan dalam gelap dan sesuatu yang tidak diingini pula berlaku.

    Tidak mustahil di bawah titian tersebut terdapat tunggul-tunggul kayu atau barang-barang yang tajam dan ketika saya melaluinya, terdapat seekor biawak besar yang berkemungkinan boleh mencederakan orang lain.

    Pengunjung

    Keadaan titian yang usang menurut penulis. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...