Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ekspresi keamanan dalam karya seni

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 OKT – Hasil karya Dayangku Khalisha Syazana binti Pengiran Haji Mohd Saiful Redzuan berjaya mengagumkan barisan hakim dengan gambaran keamanannya untuk mengaspirasikan yang lain menerusi seni dan kreativiti sekali gus memenangi Pertandingan Poster Keamanan Kelab Lions 2022-2023.

    Berlangsung di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Chung Ching, Seria, bulan lalu, pertandingan dianjurkan oleh Kelab Lions Belait untuk pelajar-pelajar yang menuntut di Daerah Belait menunjukkan bakat seni mereka serta menggambarkan pandangan mereka mengenai keamanan dan perpaduan.

    Seramai 25 orang pelajar dari enam buah sekolah menyertai pertandingan itu tahun ini yang membawa tema Lead with Compassion. Para peserta termasuk dari Sekolah Chung Hua, Sekolah St John, Sekolah St James, Sekolah Chung Ching, Sekolah St Margaret dan Sekolah St Angela.

    Susulan penilaian barisan hakim pada penghujung pertandingan, Dayangku Khalisha Syazana dari Sekolah St John muncul juara diikuti oleh Dayang Maizatun Halifah Aleesya binti Haji Nor Hazhar dari Sekolah Rendah Chung Ching di tempat kedua dan Archana Anil dari Sekolah St John di tempat ketiga.

    Di samping tiga pemenang teratas, hadiah sagu hati juga diberikan kepada empat penerima. Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Naib Presiden Pertama Kelab Lions Belait, Phyllis Jong selaku pengerusi pertandingan tahun ini bersama presiden kelab berkenaan, Keith Wong dan Mantan Presiden, Johnny Cheong.

    Kelab Lions Belait merancang untuk membawa dua karya teratas untuk bertanding dengan karya seni belia-belia lain di seluruh dunia berdasarkan tema sama dalam pertandingan antarabangsa.

    Dayangku Khalisha Syazana menerima hadiah tempat pertama yang disampaikan oleh Phyllis Jong dan Keith Wong.
    Pelajar tekun menghasilkan karya seni bertemakan keamanan semasa pertandingan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...