Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    PM Haiti, Ariel Henry letak jawatan

    MEXICO CITY, 26 APRIL – Ariel Henry telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Haiti, membuka jalan kepada kerajaan baharu di negara Caribbean itu, lapor media tempatan, kelmarin.

    Jawatan itu akan disandang sementara oleh Menteri Ekonomi dan Kewangan Haiti Michel Patrick Boisvert.

    Majlis peralihan presiden (CPT) Haiti yang ditubuhkan secara rasmi pada Khamis,  bertanggungjawab untuk memulihkan ketenteraman di negara itu.

    Pelantikan sembilan anggota CPT itu juga diharap dapat memulihkan ketenteraman perlembagaan di Haiti, yang terperangkap dalam krisis politik dan sosial yang serius yang disebabkan oleh keganasan geng.

    Henry telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebaik sahaja CPT dibentuk yang memegang tampuk kepimpinan Haiti sejak 2021 selepas pembunuhan Presiden ketika itu Jovenel Moise, menurut Xinhua.

    Dalam surat bertarikh 24 April dan disiarkan di media sosial hari ini, Henry mengesahkan peletakan jawatannya.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerajaan, rakan kerjasama, pentadbiran awam, pasukan keselamatan dan semua pihak yang bersama beliau sepanjang tempoh mandatnya.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran ini dengan saya,” katanya, sambil mengakui “kerugian dan penderitaan” rakyat Haiti dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang dicemari dengan keganasan.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Haiti atas peluang untuk berkhidmat kepada negara kita dengan integriti, kebijaksanaan dan kehormatan. Haiti akan dilahirkan semula,” kata Henry.

    CPT akan mengemudi negara Haiti ke arah pilihan raya baharu pada 2026 dan seterusnya mencapai kestabilan politik. – Bernama

    Henry (kanan) meletak jawatan pada 25 April 2024, meninggalkan jalan yang jelas bagi kerajaan baharu yang akan dibentuk di negara Caribbean. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...