Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Putera William lawat UAE

    ABU DHABI, 10 FEB – Putera Britain William melawat taman bakau Abu Dhabi pada permulaan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

    The Duke of Cambridge juga akan mempelajari mengenai usaha yang dijalankan untuk memerangi permerdagangan hidupan liar haram dan akan mengunjungi tapak Ekspo Dubai pada lawatan rasmi pertamanya ke negara Teluk itu.

    “Teruja untuk sampai di Dubai,” kata beliau di Twitter semalam, bersama gambar yang diambil dari tingkap pesawat udara.

    William akan membincangkan Hadiah Earthshot, yang memberi ganjaran kepada penyelesaian inovatif kepada masalah alam sekitar, dan skim Bersatu untuk Hidupan Liar bersama pegawai UAE.

    Lawatan beliau juga bertujuan merangsang hubungan di antara kedua-dua negara selepas UAE, bekas jajahan British, menandakan sambutan ulang tahun ke-50 sejak penubuhan pada 1971.

    Kedua-dua kerajaan mengumumkan pada September bahawa UAE akan melabur berbilion dalam UK.

    Pelaburan lima tahun bernilai 10 bilion pound (AS$13.8 bilion) akan menumpu pada teknologi, infrastruktur dan peralihan tenaga yang menumpu pada iklim.

    Ia diumumkan berikutan rundingan di London di antara Perdana Menteri Boris Johnson dan Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed, pemerintah de facto UAE.

    Kerajaan Johnson telah berjanji akan merangsang perdagangan dengan seluruh dunia, termasuk Timur Tengah, selepas Britain meninggalkan Kesatuan Eropah pada tahun lalu. – AFP

    Putera William bercakap kepada pelajar Amaan Haider (kiri) dan Lilly-Rose Mayall di Taman Bakau Al-Jubail di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...