Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Putera William umum bantuan khas untuk renjer Afrika

    JOHANNESBURG, 6 NOV – Putera William mengumumkan sokongan kewangan dan latihan untuk renjer Afrika semasa lawatannya ke Afrika Selatan kelmarin.

    Program lima tahun, dikenali sebagai Inisiatif Kebajikan dan Piawaian Renjer, dijangka akan menyediakan perlindungan insurans mampu milik kepada 10,000 renjer, menurut kenyataan dari Istana Kensington.

    “Renjer-renjer ini bukan sahaja melindungi hidupan liar. Mereka juga bertindak sebagai pendidik, penyokong komuniti dan mengawal penggunaan sumber semula jadi secara mampan,” kata Putera William dalam ucapannya.

    Menurut laporan Persekutuan Renjer Antarabangsa, hanya 38 peratus renjer mempunyai akses kepada insurans nyawa, manakala kurang 60 peratus menerima latihan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi.

    “Kita tidak mampu melindungi planet kita tanpa sokongan menyeluruh tenaga kerja ini,” katanya.

    Putera William ketika berucap semasa sesi perbincangan panel di Earthshot+ di Cape Town, baru-baru ini. – AFP

    “Sebab itulah saya berbangga mengumumkan produk insurans nyawa baharu yang direka khas untuk renjer di seluruh Afrika,” tambahnya.

    Program tersebut diusahakan bersama Persatuan Renjer Hutan Afrika, Yayasan Diraja William dan Tusk Trust, sebuah organisasi pemuliharaan Britain.

    Ia turut merangkumi ‘inisiatif pembangunan kepimpinan dan peningkatan kapasiti’ bagi melatih renjer yang sering mempertaruhkan nyawa demi melindungi spesies ikonik dan landskap semula jadi.

    Putera berusia 42 tahun itu juga mengingatkan tentang risiko ‘kehilangan alam semula jadi dan perubahan iklim’ yang semakin membimbangkan.

    “Realiti yang membimbangkan adalah sistem semula jadi planet kita hampir berada di tahap kritikal yang tidak dapat dipulihkan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda