Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth bakal sambut jubli platinum

    LONDON, 2 FEB – Pada Ahad, Permaisuri Elizabeth II menjadi ratu Britain pertama yang memerintah selama 70 tahun, menandakan permulaan tahun Jubli Platinumnya walaupun beliau berundur daripada pandangan umum.

    Tetapi tarikh penting hujung minggu ini akan menyaksikan sedikit acara keriangan, kerana ratu berusia 95 tahun itu secara tradisinya menghabiskan ulang tahun kematian bapanya secara tertutup.

    Pemerintahan yang memecah rekod kedaulatan sebagai ketua negara bermula ketika dia berusia 25 tahun dan melihat hidupan liat di kawasan terpencil Kenya bersama suaminya, Putera Philip.

    Sejak itu, beliau telah menjadi orang yang tetap dalam era perubahan sosial dan politik yang pesat, tokoh utama Britain moden dan penghubung dengan masa lampau pasca perang dan empayarnya.

    Permaisuri yang kerap mendahului tinjauan sebagai ratu paling popular, pada 23 Januari, beliau terbang dengan helikopter ke estet Sandringhamnya di timur England. Beliau sepatutnya tinggal di Rumah Sandringham bersama keluarganya semasa Krismas dan Tahun Baharu tetapi lawatan tahunan itu ditangguhkan kerana kes Omicron yang semakin meningkat.

    Permaisuri Elizabeth II menjadi ratu Britain pertama yang memerintah selama 70 tahun, menandakan permulaan tahun Jubli Platinumnya walaupun beliau berundur daripada pandangan umum. – AFP

    Tiada penglibatan awam dijangka pada Ahad, selaras dengan tahun-tahun sebelumnya.

    Tetapi selama empat hari perayaan dirancang pada awal bulan Jun, termasuk perarakan tentera dan persembahan muzik, pesta jalanan, perkelahan ramai dan “Pertandingan Puding Platinum”.

    Syiling peringatan telah ditempa untuk menandakan peristiwa penting yang belum pernah terjadi sebelumnya.

    Di Sandringham, permaisuri tinggal di Wood Farm, sebuah kediaman dengan lima bilik tidur yang disukai oleh arwah suaminya selepas dia bersara daripada kehidupan awam pada 2017.

    Menurut media Britain, Putera Philip menghabiskan masanya di sana dengan membaca, melukis dan berjalan, dalam persekitaran yang lebih sederhana jauh dari orang bawahan dan kemegahan diraja. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...