Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II rai Jubli Platinum

    LONDON, 6 FEB – Ratu Elizabeth II hari ini menjadi kerabat diraja berperlembagaan Britain pertama yang memerintah selama tujuh dekad, sambil meluahkan ‘hasrat ikhlas’ untuk Camilla, isteri Putera Charles, untuk dikenali sebagai raja permaisuri.

    Ratu Elizabeth II membuat pengumuman tersebut dalam satu perutusan memperbaharui ikrarnya untuk menghabiskan hidupnya berkhidmat untuk negara ketika baginda memulakan Jubli Platinum di Sandringham, estetnya di timur England.

    Dilahirkan pada 21 April 1926, Baginda menaiki takhta pada usia 25 tahun pada 6 Februari 1952 selepas kematian bapanya Raja George VI.

    Dalam perutusan kepada rakyat, Ratu Elizabeth II berkata lewat semalam bahawa beliau ingin ‘mengucapkan terima kasih atas sokongan padu daripada semua orang.’

    Dengan perayaan Jubli Platinum dijadualkan pada musim panas ini, Ratu Elizabeth II berkata beliau berharap acara tersebut akan ‘mengumpul bersama keluarga dan kawan, jiran dan komuniti’.

    Perdana Menteri Boris Johnson hari ini memuji ‘dedikasi dan tugas yang tidak berbelah-bahagi Ratu Elizabeth II dalam satu mesej sempena meraikan bermulanya Jubli Platinum, berkata beliau tidak sabar-sabar menanti musim panas ‘apabila kami boleh datang bersama sebagai sebuah negara untuk meraikan pemerintahan bersejarah Baginda.’

    Perayaan selama empat hari telah dirancang pada awal bulan Jun di seluruh Britain, serentak dengan ulang tahun pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953, termasuk perarakan tentera dan konsert muzik, parti jalanan, ‘Makan Tengah Hari Jubli Besar’ dan ‘Pertandingan Puding Platinum.’

    Pada Isnin, tembakan hormat sempena Hari Menaiki Takhta akan diadakan di Green Park, London, berhampiran Istana Buckingham, dan di Istana Edinburg di Scotland.

    Semalam, Ratu Elizabeth II mengadakan resepsi untuk penduduk tempatan di Sandringham, dilaporkan acara awam terbesar sejak isu kesihatan baginda pada musim luruh. – AFP

    Ratu Elizabeth II memotong kek untuk meraikan permulaan Jubli Platinum semasa resepsi di Ballroom Istana Sandringham pada 5 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...