Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sanchez hidup semula harapan Chile

    MONTEVIDEO, 2 FEB – Di La Paz, pemain veteran, Sanchez menjaringkan dua gol yang cemerlang untuk menghidupkan semula harapan Chile ke Qatar selepas kekalahan 2-1 pada Khamis lalu di gelanggang sendiri menentang Argentina.

    Kemenangan 3-2 ke atas Bolivia itu membuatkan mereka kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Uruguay dan dua mata di belakang Peru dengan baki dua perlawanan.

    Bekas pemain Barcelona dan Manchester United, Sanchez, 33, mengulangi masa lalu dengan membuka jaringan pada minit ke-14 melalui sepakan percuma yang melencong sebelum menjaringkan gol ketiga yang hebat, lima minit sebelum tamat perlawanan.

    Marc Enoumba menyamakan kedudukan untuk Bolivia pada separuh masa pertama sebelum Marcelino Nunez memberikan Chile pendahuluan sekali lagi selepas rehat. Marcelo Moreno melengkapkan jaringan pada lewat perlawanan tetapi kekalahan menyebabkan Bolivia tersingkir dari segi perkiraan.

    “Ia masih belum berakhir, kami mempunyai dua perlawanan penting lagi,” kata Sanchez. “Adalah penting untuk menang hari ini di La Paz menentang lawan yang sukar.”

    Ecuador yang menduduki tempat ketiga pastinya layak dengan kemenangan di Peru apabila Michael Estrada memberi mereka pendahuluan minit kedua selepas kesilapan dari Alexander Callens.

    Tetapi dia terlepas sasaran apabila satu lawan satu dengan penjaga gol, Pedro Gallese pada separuh masa kedua dan Edison Flores membuat Ecuador membayar dengan tandukan jauh dari hantaran lintang Luis Advincula pada minit ke-69. – AFP

    Reaksi Alexis Sanchez selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan menentang Bolivia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...