Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lepas bedah apendiks, Jimin BTS positif COVID-19

    Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah situasi yang boleh digambarkan tentang keadaan salah seorang anggota BTS iaitu Jimin.

    Selepas menjalani pembedahan akibat apendiks, Jimin disahkan pula positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

    “Pada 30 Januari, Jimin secara tiba-tiba mengalami sakit pada bahagian perut dan juga sakit tekak.

    “Selepas membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan, dia disahkan mengalami masalah apendiks dan positif COVID-19. Jimin menjalani pembedahan apendiks pada 31 Januari.

    “Pembedahan berjalan lancar dan dia kini sedang menjalani rawatan lanjut akibat COVID-19,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music.

    Jimin juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang kontak dengan anggota BTS lain sebelum disahkan positif.

    Terdahulu tiga anggota BTS iaitu RM, Jin dan Suga selesai menjalani kuarantin setelah disahkan positif COVID-19 hujung Disember lalu. – Agensi

    Selepas menjalani pembedahan akibat apendiks, Jimin disahkan pula positif COVID-19. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...