Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Sidang Kemuncak CPRN 2024 labuh tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Sidang Kemuncak SEAMEO CPRN 2024 yang berlangsung selama tiga bagi melabuhkan tirainya hari ini di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
     
    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.
     
    Dalam ucapan penutupannya, Awang Aliuddin antara menyatakan bahawa perbincangan pada sidang kemuncak itu yang menumpukan kepada tema Embracing Inclusivity in Education, Science, and Culture telah mengakui keterangkuman penting dari segi moral dan strategik dalam dunia yang pantas berubah.
     
    Menurut beliau, Pusat SEAMEO, terkenal dalam kecemerlangan dan inovasi, telah menjadi kunci dalam membentuk dasar dan strategi berdasarkan bukti untuk memupuk keterangkuman dan pembangunan mampan.
     
    “Usaha penyelidikan dan advokasi mereka telah menyumbang dengan ketara kepada perubahan positif di seluruh rantau ini,” jelas beliau.
     
    Beliau turut menyentuh ucaptama yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Magarita Pavlova, IR Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad, dan Profesor Chang Yau Hoon yang masing-masing telah memberikan pandangan dalam dimensi keterangkuman pelbagai aspek sekali gus mencetuskan perbincangan.
     
    Melalui inspirasi daripada contoh yang telah dikongsikan daripada rakan-rakan, jelasnya, kita telah menyaksikan kesan transformasi dasar dan inisiatif inklusif merentas pelbagai domain.
     
    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil kepada penyampai ucaptama, pembentang, moderator dan badan pelaksana yang gigih dalam Sidang Kemuncak CPRN, mengiktiraf sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada kejayaan cemerlangnya.
     
    SEAMEO VOCTECH kekal komited untuk memajukan usaha inklusif dalam pendidikan, sains, dan budaya, membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan saksama di seluruh Tenggara Asia.
     
    ATAS & BAWAH: Awang Aliuddin menyempurnakan penyampaian sijil pada penutup sidang kemuncak tiga hari berkenaan yang berlangsung di BKISHHB, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...