Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Spurs benamkan Frankfurt

    LONDON, 13 OKT – Antonio Conte berkata Tottenham telah berjaya mengelak “bencana” selepas Son Heung-min menjaringkan dua gol ketika menang 3-2 menentang Eintracht Frankfurt sekaligus menguatkan kelayakan mereka untuk masuk ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

    Skuad kendalian Conte ketinggalan kepada serangan awal Daichi Kamada di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

    Namun Son menyamakan kedudukan dengan jaringan yang baik dan Harry Kane menyempurnakan penalti ketika kapten England itu menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara musim ini.

    Tendangan kencang voli Son meletakkan Tottenham mengawal penuh permainan sehingga tamat aksi babak pertama.

    Selepas persembahan yang perlahan pada musim ini, Son akhirnya kembali ke tahap terbaik dan sering menyukarkan Frankfurt, dengan pertahanannya Tuta dibuang padang pada babak kedua kerana mengasari pemain berusia 30 tahun itu dua kali.

    Pemain Frankfurt, Faride Alidou mengurangkan defisit pada penghujung aksi perlawanan dan Kane gagal menyempurnakan penalti, namun Tottenham terus bertahan dan ini melegakan Conte.

    “Kami bermula dengan cara yang sukar, terlepas gol pertama. Kami menderita dan cuba untuk mengawal situasi,” kata Conte.

    “Kami menjaringkan gol-gol yang bagus, bekerja keras minggu ini dan cuba untuk mendapatkan kombinasi yang baik antara penyerang kami. Hari ini mereka tunjukkan gabungan yang mantap.”

    Berbaki dua perlawanan menentang Sporting Lisbon dan Marseille, Tottenham berada di tangga teratas dalam Kumpulan D dengan tujuh mata selepas kemenangan kedua dalam perlawanan musim ini. – AFP

    Reaksi Son Heung-Min semasa penghujung perlawanan Liga Juara-Juara antara Tottenham Hotspur dan Eintracht Frankfurt di stadium Tottenham Hotspur, London, awal pagi tadi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...