Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sudah tiba masa Finland sertai NATO

    HELSINKI, 28 FEB – Finland hari ini melancarkan perdebatan parlimen bertujuan mempercepat bidaan negara itu untuk menganggotai NATO, menambah kemungkinan ia akan meninggalkan negara jiran, Sweden di belakang.

    Finland, yang mempunyai salah satu sempadan Eropah paling panjang dengan Rusia, dan Sweden menggugurkan dasar tentera berkecuali berusia beberapa dekad telah memohon untuk menyertai gabungan pada Mei tahun lalu selepas serangan Ukraine.

    Namun tanpa berdepan pelbagai halangan diplomatik, Helsinki nampaknya mencatat perkembangan pesat sebelum pilihan raya umum Finland pada April.

    Kedua-dua negara mempunyai sokongan 30 anggota NATO, kecuali Hungary dan Turkiye.

    Ramai ahli parlimen Finland telah mendesak badan perundangan itu mengesahkan Finland untuk menerima syarat-syarat perjanjian NATO dan meluluskannya sebelum pilihan raya pada 2 April.

    Finland akan memperdebat rang undang-undang hari ini dan satu undi dijangka diadakan esok.

    Kelulusan rang undang-undang bermakna Finland boleh bertindak segera walaupun jika pengesahan diterima sebelum kerajaan baharu ditubuhkan.

    “Sudah tiba masanya untuk mengesahkan dan mengalu-alukan Finland dan Sweden sebagai ahli,” kata Ketua NATO, Jens Stoltenberg hari ini semasa lawatan ke Finland untuk bertemu dengan pemimpin politik. – AFP

    (Dari kiri): Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, Perdana Menteri Finland, Sanna Marin dan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store semasa menghadiri mesyuarat tahunan SAMAK di Helsinki, Finland kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...