Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Letupan periuk api ragut 10 nyawa

    DAMSYIK, 28 FEB – Periuk api yang ditanam oleh pejuang jihad membunuh 10 orang awam di tengah Syria semalam, lapor media negeri, dalam kejadian terbaharu yang membabitkan pemburu trufel.

    Sembilan orang terbunuh dan dua yang lain cedera apabila periuk api yang ditinggalkan anggota kumpulan Islamic State (IS) meletup, kata agensi berita SANA.

    Ia berkata mangsa ‘sedang mencari trufel di kawasan desa al-Salamiyah’ di wilayah Hama.

    SANA berkata susulan kejadian pertama, satu lagi periuk api meletup di kawasan yang sama, membunuh seorang penduduk dan mencederakan 10 yang lain.

    Sekurang-kurangnya 112 orang, 92 di antaranya orang awam, telah terbunuh ketika mencari makanan istimewa itu, sama ada dalam serangan IS atau letupan periuk api, menurut Pihak Berkuasa Hak Asasi Manusia Syria.

    Ramai penduduk Syria mencari trufel padang pasir, yang tumbuh bermusim dari Februari hingga April, untuk dijual pada harga tinggi dan membantu mencukupkan belanja di negara itu.

    Padang pasir Syria terkenal kerana menghasilkan beberapa trufel amat berkualiti di dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...