Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telaga solar beri penduduk Myanmar akses air

    YANGON, 6 NOV – Telaga dikuasa oleh solar yang dibina dengan bantuan China di kawasan Majlis Nay Pyi Taw, Myanmar tengah, memberi manfaat kepada penduduk tempatan, menurut kenyataan Kedutaan China di Myanmar kelmarin.

    Sebagai sebahagian daripada projek bekalan air minum luar bandar di Nay Pyi Taw, Persatuan Pembangunan Alternatif Yunnan, China, telah membina telaga-telaga itu.

    Satu telaga mula beroperasi pada Januari lalu dan satu lagi pada Julai tahun ini.

    Telaga pertama di kampung Telgyigon memberikan lebih 1,000 penduduk akses kepada bekalan air untuk pertanian dan kegunaan rumah tangga.

    Telaga kedua, yang beroperasi pada Julai, menyediakan air minum kepada lebih 1,000 penduduk dan menyokong keperluan air pertanian untuk 240 ekar tanah yang diusahakan 30 keluarga.

    Penduduk kampung berterima kasih kepada China kerana membina telaga-telaga tersebut, mengatakan mereka tidak lagi perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air minum, menurut kenyataan tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda