Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ten Hag puji prestasi Rashford

    LONDON, 23 DIS – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata dia menjangka penyerang, Marcus Rashford untuk mengekalkan tahap prestasi yang baik selepas memuji jaringan solo pemain antarabangsa England itu dalam kemenangan 2-0 ke atas Burnley dalam Piala Liga.

    United, yang telah mendahului permainan melalui jaringan pembukaan Christian Eriksen pada minit ke-27 di Old Trafford baru-baru ini, menggandakan jaringan mereka beberapa minit sebelum sejam perlawanan apabila Rashford, yang baru sahaja menjaringkan tiga gol dalam Piala Dunia, berlari meluru ke petak penalti the Clarets sebelum menjaringkan gol.

    Ia merupakan cara Rashford yang mengagumkan bagi menandakan kepulangannya ke kelab susulan penyingkiran England yang menyakitkan pada peringkat suku akhir Piala Dunia.

    “Saya rasa dia telah berusaha keras, sekali lagi, dengan banyak larian di belakang barisan pertahanan, dan kemudian dia menjaringkan gol yang hebat,” kata ten Hag.

    “Saya rasa dia berada dalam prestasi yang hebat, dan sudah tentu saya harap dia dapat kekalkan fokus dan prestasi ini.”

    Aksi Rashford (kiri) semasa bersaing dengan Ian Maatsen. – AP

    Rashford kini telah menjaringkan sembilan gol dalam semua perlawanan untuk United pada musim ini.

    “Saya rasa dia berada pada tahap yang sangat baik, persembahannya menunjukkan peningkatan prestasi dari satu permainan ke satu permainan. Dia merupakan ancaman berterusan.

    “Dalam banyak perlawanan pada musim ini, dia telah menjaringkan banyak gol dan juga melakukan tugas pertahanan, jangan lupa itu.

    “Saya berasa sangat gembira dengan aksinya dan saya harap dia akan meneruskan sikap dan prestasi ini,” tambahnya.

    Perlawanan pada Khamis itu juga merupakan perlawanan pertama United sejak Cristiano Ronaldo keluar dari kelab itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tapak deinonychosaur terbesar di dunia ditemui di Fujian, China

    BEIJING, 6 MEI - Para saintis telah menemui tapak kaki dua jari yang besar di Pekan Lincheng, Wilayah Fujian, timur China, yang merupakan milik...