Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    EMS iktiraf perkhidmatan cemerlang pos Brunei

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Negara Brunei Darussalam sekali lagi telah menerima Anugerah Express Mail Service (EMS) Cooperative Customer Care bagi 2023, sekali gus mengiktiraf penyampaian perkhidmatan pelanggannya yang cemerlang.

    Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-17 daripada 175 buah negara dan ini juga merupakan tahun kedua berturut-turut negara menerima anugerah tersebut sejak menjadi ahli Kesatuan Pos Sedunia (UPU) dan EMS pada 1984.

    Anugerah tersebut disampai-kan oleh Ketua Pengarah UPU, Masahiko Metoki dan Pengerusi EMS Cooperative, Patrick Richon semasa Perhimpunan Agung EMS Cooperative di Biro Antarabangsa UPU di Berne, Switzerland pada 19 April lalu.

    Pemangku Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz telah menerima anugerah tersebut bagi mewakili Negara Brunei Darussalam.

    Anugerah tersebut dianugerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai pengiktirafan atas penyampaian perkhidmatan pelanggan EMS yang cemerlang sepanjang 2023.

    Dr Rosdi telah menerima Anugerah EMS Cooperative Customer Care bagi mewakili Brunei di Biro Antarabangsa UPU di Berne, Switzerland pada 19 April. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PERKHIDMATAN POS

    Pencapaian utama termasuk mengekalkan kadar ketepatan masa memberikan maklum balas lebih daripada 98 peratus untuk pertanyaan yang diterima melalui pusat panggilan dan menangani permintaan tiket dalam masa tiga jam bekerja.

    Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mencapai kadar penyelesaian melebihi 92 peratus dalam tem-poh 10 hari bekerja, memastikan pengendalian pertanyaan yang cepat tanpa ada pertanyaan yang tidak dijawab melebihi 30 hari.

    Berdasarkan pencapaian tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Pos mengakui perlunya untuk penambahbaikan berterusan dan kekal komited untuk berusaha mendapatkan hasil yang lebih baik dalam menyampaikan perkhidmatan mel yang pantas, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi.

    EMS Cooperative adalah sebuah badan di bawah UPU yang ahlinya terdiri daripada pengendali pos di seluruh dunia yang bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan rangkaian EMS antarabangsa.

    Perkhidmatan EMS yang ditawarkan oleh pengendali pos UPU menghubungkan 175 buah negara dan wilayah.

    Anugerah EMS Cooperative Customer Care mengiktiraf pengendali pos yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan EMS, terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi. Pengendali Perkhidmatan EMS yang memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang melalui pusat perkhidmatan pelanggan berpeluang menerima anugerah EMS ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...