Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Raja Charles III peringati ulang tahun pertama pertabalan

    LONDON, 6 MEI – Raja Britain, Charles III hari ini memperingati ulang tahun pertama pertabalannya berikutan tahun yang penuh cabaran termasuk diagnosis kanser dan ketegangan berterusan dengan puteranya yang tersisih, Putera Harry.

    Tembakan hormat meriam akan dilepaskan di tengah London dan di lokasi lain di seluruh United Kingdom (UK) untuk menandakan sambutan itu.

    Walau bagaimanapun, tiada acara rasmi dirancang dengan peristiwa penting itu datang kurang seminggu selepas Raja Charles menyambung semula tugas awam sejak diagnosisnya.

    Baginda melawat pesakit kanser di hospital London pada Selasa selepas doktor berkata mereka ‘rasa bersemangat ’ dengan perkembangannya.

    Raja berusia 75 tahun itu, yang tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya, juga dilaporkan berminat untuk memperingati hari tersebut dengan ‘kemeriahan’ yang minimum memandangkan hubungan antara masa menaiki takhta dengan kemangkatan Bondanya, Ratu Elizabeth II.

    Uskup Agung Canterbury, Justin Welby yang menobatkan Raja Charles setahun lalu di Westminster Abbey memuji ‘keperihatinan’ yang ditunjukkan raja.

    “Tahun lalu telah menyaksikan beberapa cabaran peribadi yang besar bagi raja. Namun, saya terkesan dengan rasa tanggungjawabnya yang terus menerus, setelah baru-baru ini kembali menjalani tugasan diraja selepas rawatan,” katanya.

    “Sikap terbukanya dalam berkongsi keadaannya adalah kesediaannya untuk membantu dan menyokong orang lain,” tambahnya.

    Ulang tahun itu diadakan ketika tinjauan Ipsos untuk Daily Mail menyaksikan populariti peribadi Raja Charles meningkat sedikit kepada 56 peratus. – AFP

    Raja Charles III memegang bunga yang diberikan kepadanya ketika lawatan ke Pusat Kanser Macmillan Hospital Universiti Kolej di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...