Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Penggantian sistem meter USMS mandatori

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Peralihan Token Identifier (TID Rollover) merupakan isu global yang akan menjejaskan semua meter prabayar di seluruh dunia yang menggunapakai sistem token berpandukan kepada Standard Transfer Specification Association (STS) dan dijangka akan berlaku pada 24 November 2024. 
     
    Berikutan itu, pelanggan-pelanggan di seluruh dunia termasuklah di Negara Brunei Darussalam yang menggunakan meter berjenama STAR, INHE dan PLESSEY tidak akan dapat menerima token elektrik dan akan mengakibatkan bekalan elektrik terputus.
     
    Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) dan DST Network Sdn Bhd (DSTN) telah memberikan penerangan mengenai TID Rollover dan Program Kebangsaan Penggantian Meter Elektrik kepada sistem meter pintar Unified Smart Metering System (USMS) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, hari ini.
     
    Kenyataan menyatakan, bagi sistem meter pintar USMS yang mula diperkenalkan pada Oktober 2022, pelanggan yang menggunakan sistem USMS berkenaan tidak akan terjejas oleh proses TID Rollover memandangkan operasi sistem itu adalah tidak berasaskan penggunaan token. 
     
    Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan elektrik yang berterusan kepada semua pelanggan, pihak JPE dan DSTN akan menguatkuasakan secara mandatori Program Kebangsaan bagi Penggantian Sistem Meter Pintar USMS.
     
    Antara meter berjenama STAR, INHE dan PLESSEY. – GAMBAR SERAHAN JPE DAN DSTN
    Untuk makluman orang ramai dalam proses penggantian berkenaan, sebarang baki token atau kredit elektrik bagi meter prabayar yang sedia ada akan dipindahkan ke akaun sistem meter pintar USMS dalam masa tiga hari waktu bekerja. 
     
    Pihak JPE dan DSTN menegaskan bahawa penggantian meter prabayar kepada sistem meter pintar USMS adalah percuma dan pelanggan USMS tidak akan mengalami sebarang perubahan pada tarif elektrik yang sedia ada.
     
    JPE dan DSTN menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak JPE dan DSTN bagi kerja-kerja penggantian yang dijadualkan di bawah program kebangsaan berkenaan. 
     
    Orang ramai juga akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penggantian meter elektrik dilaksanakan.
     
    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai meter pintar USMS boleh melayari laman sesawang www.usms.com.bn manakala itu, mengenai TID Rollover, boleh melayari laman sesawang rasmi Persatuan STS, www.tidrollover.com.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...