Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Tiada lagi pengasingan

    LONDON, 20 FEB – Penduduk dengan COVID-19 tidak diwajibkan mengasingkan diri di England bermula minggu depan, umum kerajaan UK, sebagai sebahagian daripada pelan untuk ‘hidup bersama COVID-19’ yang juga mungkin melihat ujian koronavirus dikurangkan.

    Perdana Menteri Boris Johnson berkata membatalkan kesemua sekatan yang diperkenalkan untuk mengawal penularan virus akan membenarkan penduduk di UK ‘melindungi diri tanpa membataskan kebebasan kami.’ Beliau dijangka membentangkan butiran pelan di parlimen esok.

    Namun beberapa penasihat saintifik kerajaan berkata ia merupakan tindakan berisiko yang mungkin membawa pe-ningkatan dalam jangkitan dan melemahkan pertahanan negara menentang jenis virus yang lebih memudaratkan.

    Wes Streetling, jurucakap kesihatan untuk parti pembangkang Buruh, hari ini menuduh Johnson ‘mengisytiharkan kemenangan sebelum perang berakhir.’

    Kerajaan Konservatif Johnson membatalkan kebanyakan sekatan virus pada Januari, membatalkan pasport vaksin untuk tempat acara dan menamatkan mandat pemakaian pelitup muka di kebanyakan tempat.

    Kini kerajaan Konservatif berkata ia akan membatalkan ‘kesemua peraturan tempatan COVID-19 yang membatas kebebasan awam’ sebagai sebahagian daripada ‘tindakan mengelak campur tangan kerajaan terhadap tanggungjawab peribadi.’

    Peraturan untuk mengasingkan diri sekurang-kurangnya lima hari selepas ujian positif COVID-19 akan diganti dengan langkah nasihat, dan koronavirus akan dianggap seperti selesema ketika ia menjadi endemik.

    “COVID-19 tidak akan hilang secara tiba-tiba, dan kami perlu hidup bersama virus ini dan terus melindungi diri kami tanpa sekatan ke atas kebebasan kami,” kata Johnson. – AFP

    Pembeli-belah berjalan di Oxford Street, jalan membeli-belah paling sibuk di Eropah, di London baru-baru ini. Kerajaan Britain mengesahkan mereka yang dijangkiti COVID-19 tidak diwajibkan mengasingkan diri mulai minggu depan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...