Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Turkiye kutuk tindakan hina Al-Quran dan bendera

    UGANDA, 26 MAC – Kementerian Luar Turkiye kelmarin mengecam serangan keji sekumpulan orang yang mencemarkan kitab suci Al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kami di Denmark pada 24 Mac,” menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.

    Jabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu.

    Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah Al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.

    Sebagai tindak balas, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO. – Bernama

    Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semasa sidang media selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani di Ankara, Turki, Selasa, 21 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -