Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ada ijazah ekonomi dari UK, Aziz tetap jadi penyanyi

    Menyedari hakikat kejayaan memerlukan pengorbanan, penyanyi Aziz Harun nekad mengambil keputusan meninggalkan keluarga di Brunei Darussalam dan membina kehidupan baharu di Malaysia demi menjadi penghibur berkaliber.

    Aziz yang mula menempa nama di Malaysia pada 2014 menerusi single Senyum berkata, tujuannya berhijrah ke Malaysia disebabkan tidak lagi perlu berulang-alik seperti yang dilakukan sebelum ini.

    Aziz mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya muzik selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, University of East Anglia, United Kingdom (UK) pada 2021.

    “Kalau dahulu, selain muzik, ada perkara lain yang perlu saya fokuskan termasuk menamatkan pengajian di universiti. Sekarang sudah tidak ada alasan lagi dan sebab itu saya nekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur.

    “Saya mahu tumpukan perhatian penuh kepada muzik dan disebabkan itu, saya mengambil keputusan berpindah.

    Aziz mula menempa nama di Malaysia pada 2014 menerusi single Senyum. – Agensi

    “Pada masa sama, saya bersyukur keluarga tidak pernah melarang. Mereka faham muzik adalah minat saya. Malah, kalau di Brunei, saya kurang dapat tawaran persembahan.

    “Saya sudah ada peminat di Kuala Lumpur. Jadi, boleh dikatakan saya sudah ada tapak termasuk ramai kenalan hebat dalam industri muzik.

    “Rugi jika sekiranya peluang ini dilepaskan atau tidak dimanfaatkan sebaiknya,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, jauh di sudut hati, finalis program realiti Big Stage musim kedua ini berat hati kerana sudah jarang meluangkan masa bersama keluarga, apatah lagi, usia ibu bapanya sudah lanjut.

    Namun, Aziz berkata, dia bersyukur apabila keluarga memberi sokongan, selain tidak pernah membantutkan usaha untuk terus melebarkan sayap dalam bidang nyanyian. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...