Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Wickremesinghe dilantik presiden sementara

    COLOMBO, 15 JULAI – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu sehingga parlimen memilih pengganti Gotobaya Rajapaksa, yang meletak jawatan selepas bantahan besar-besaran.

    Penggubal undang-undang akan bersidang pada Sabtu untuk memilih pemimpin baharu yang akan berkhidmat bagi baki penggal Rajapaksa tamat pada 2024. Keadaan kembali tenang apabila para pembantah yang menawan bangunan-bangunan kerajaan berundur sejak kelmarin, namun dengan perbalahan politik semakin meruncing, penyelesaian bagi masalah di Sri Lanka masih belum ditemui.

    Ketika orang ramai meraikan di jalan-jalan, speaker parlimen, Mahinda Yapa Abeywardana, berjanji proses peralihan politik yang lancar dan akan dimuktamadkan dalam masa seminggu.

    Presiden baharu mungkin melantik perdana menteri yang baharu, namun ia perlu mendapatkan kelulusan daripada parlimen. Selepas Rajapaksa meletak jawatan, tekanan ke atas perdana menteri, Ranil Wickremesinghe, semakin meningkat.

    Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, Wickremesinghe berkata dia akan memulakan langkah bagi perubahan perlembagaan untuk mengehadkan kuasa presiden dan mengukuhkan parlimen. Selain itu beliau akan berusaha mengembalikan ketenteraman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘pemberontak’.

    Ia masih belum jelas siapa yang ditujukannya, meskipun dia berkata pembantah sebenar tidak akan terlibat dalam pertelingkahan berhampiran parlimen pada malam Rabu, di mana ramai anggota tentera dilaporkan tercedera.

    “Terdapat perbezaan ketara antara pembantah dan pemberontak. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

    Wickremesinghe menjadi pemangku presiden selepas Rajapaksa melarikan diri dari Sri Lanka pada Rabu, terbang ke Maldives dan kemudian ke Singapura. Pejabat perdana menteri berkata Wickremesinghe mengangkat sumpah hari ini sebagai presiden sementara di hadapan Ketua Hakim, Jayantha Jayasuriya. – AP

    Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah di hadapan ketua hakim pada upacara yang diadakan di Colombo, Sri Lanka, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...