Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    20 puting beliung badai selatan AS

    HOUSTON, 30 NOV – Kira-kira 20 puting beliung membadai selatan Amerika Syarikat (AS) hari ini, memutuskan bekalan elektrik dan merosakkan kediaman, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, (NWS), menggesa penduduk mencari tempat perlindungan.

    Puting beliung melanda negeri Mississippi, Louisiana dan Alabama, merosakkan jalan raya, menumbangkan pokok dan menerbangkan bumbung rumah, kata NWS.

    NWS menyifatkan puting beliung yang melanda Alabama sebagai mengancam nyawa dalam notis yang dikeluarkan pada 0845 GMT.

    “Puting beliung amat sukar untuk dilihat dan disahkan pada waktu malam. Jangan tunggu untuk melihat atau mendengar puting beliung. Segera berlindung sekarang!”

    Sebahagian daripada Alabama dan Mississippi diletak di bawah amaran puting beliung sehingga 6:00 pagi hari ini, kata NWS.

    Hujan batu sebesar saiz besbol diramal turun di daerah Alabama, katanya.

    Pada minggu pertama bulan November, satu siri puting beliung yang kuat melanda negeri-negeri selatan AS di Oklahoma, Texas dan Arkansas, membunuh seorang penduduk.

    Puting beliung adalah fenomena cuaca yang sering berlaku di AS, dengan negeri Dataran Besar Kansas, Oklahoma dan Texas paling teruk terjejas.

    Pada Disember tahun lalu, berpuluh-puluh puting beliung yang kuat telah melanda lima negeri AS semalaman, menyebabkan sekurang-kurangnya 79 orang terkorban di Kentucky dengan kematian dan kemusnahan turut direkodkan di Tennessee, Arkansas, Missouri dan Illinois. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...