Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    5 pemenang promosi Kia dipilih

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 15 pemenang bertuah telah dipilih untuk menghadiri cabutan utama bagi promosi Road to Inspiration Australian Open 2022 setelah cabutan awal diadakan di Bilik Pameran Kia, Beribi, hari ini.

    Hadir bagi membuat cabutan ialah Pengurus Pemasaran Grand Motors Sdn Bhd, Precious Casao-David.

    Para pemenang berkenaan akan dihubungi oleh wakil Grand Motors untuk menghadiri cabutan utama berkenaan pada 2 Disember ini di bilik pameran berkenaan.

    Promosi anjuran Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan Kia di Brunei itu disertai kira-kira 600 orang pelanggan dari Daerah Brunei dan Muara, dan Belait yang membeli kenderaan Kia.

    Hadiah utama cabutan berupa pakej pelancongan untuk dua orang ke Melbourne, Australia (termasuk tiket penerbangan, makan dan penginapan) untuk menyaksikan Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2022. Pemenang utama juga akan meneroka dan mengalami budaya Melbourne.

    Pemenang kedua dan ketiga pula, masing-masing akan menerima Samsung Galaxy Z Flip 4 256GB dan Apple Watch Series 8 45mm dan pemenang keempat hingga ke-15 akan membawa pulang baucar bernilai $500 setiap seorang.

    Cabutan awal untuk memilih lima pelanggan bertuah bagi promosi Road to Inspiration Australian Open 2022 telah diadakan kelmarin. – Gambar oleh Izah Azahari

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...