Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    240 pendatang asing diselamatkan dalam tempoh 24 jam

    LILLE, PERANCIS, 30 NOV – Perkhidmatan kecemasan Perancis menyelamatkan 240 pendatang asing yang menaiki bot kecil menuju pantai selatan England dalam tempoh 24 jam minggu ini, kata pihak berkuasa tempatan.

    240 orang diselamatkan dalam lima operasi berbeza antara Isnin dan Selasa di luar Calais di pantai utara Perancis, Kata Prefektur Maritim Selat dan Laut Utara Perancis dalam satu kenyataan kelmarin.

    Menurut pihak berkuasa UK, 426 pendatang telah dikesan menyeberangi selat pada Isnin selepas beberapa pendatang cuba menyeberangi semasa cuaca buruk pada minggu sebelumnya.

    Britain dan Perancis bulan ini menandatangani perjanjian untuk pihak berkuasa UK meningkatkan bayaran yang diterima Perancis untuk menghalang penyeberangan pendatang, ketika hubungan pulih di bawah Perdana Menteri baharu Rishi Sunak.

    Polis UK kelmarin menahan seorang lelaki yang disyaki memainkan peranan penting dalam kematian sekurang-kurangnya 27 orang akibat lemas ketika cuba menyeberangi selat dengan perahu pada November lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...