Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    31 dijadikan tebusan, stesen kereta api diserang 

    LAGOS, 9 JAN – Seramai 31 penumpang dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata menyerang stesen kereta api di negeri Edo di selatan Nigeria, lapor Xinhua memetik jurucakap kerajaan negeri baru-baru ini.

    Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke stesen kereta api Igueben pada petang Sabtu, melepaskan tembakan ke udara dan menculik penumpang yang menuju ke Warri, sebuah bandar di negeri Delta yang berdekatan. Pada asalnya 32 orang dijadikan tebusan namun seorang berjaya melarikan diri, kata jurucakap, Chris Nehikhare kepada pemberita di Benin City, ibu negara Nigeria.

    Pasukan keselamatan mencari di kawasan belukar di sekitar stesen bagi mengesan lelaki bersenjata yang melarikan diri serta mangsa yang diculik, kata Nehikhare. – Bernama

    Pasukan keselamatan mencari di kawasan belukar di sekitar stesen bagi mengesan lelaki bersenjata yang melarikan diri serta mangsa yang diculik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...