Tuesday, May 21, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sambutan rumah terbuka erat ukhuwah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia (PKMS) tidak melepaskan peluang meraikan kemeriahan sambutan bulan Syawal bersama ahli-ahli PKMS dan keluarga serta tetamu jemputan untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Yang Dipertua PMKS kelmarin.
     
    Turut hadir pada majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah bersama isteri, Datin Roslina.
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PKMS, Haji Mohd Taufik bin Haji Abdul Rahim.
     
    Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya seperti lemang negeri sembilan, rendang daging, kari daging, kari ayam, lontong dan bubur chacha keladi.
     
    Selain itu, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim.
    TYT Dato’ Raja Reza dan ahli-ahli PKMS bergambar ramai semasa sambutan rumah terbuka, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PKMS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...