Tuesday, May 21, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    Inspirasi untuk pemain bola sepak negara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Pendedahan pemain bola sepak negara terhadap pemain-pemain legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) diharap akan menjadi inspirasi untuk mereka terus maju ke hadapan dalam bidang sukan berkenaan.

    Perkara itu ditekankan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Feisal bin Haji Mohd Eusoff dalam sidang media bersama penganjur dan pemain legenda EPL sempena imagine Football Fiesta di Peak Club, hari ini.

    Orang ramai akan berpeluang menyaksikan secara langsung aksi pemain-pemain legenda EPL dalam perlawanan menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam esok.

    Pada sidang media itu, Pengurus Pelesenan DPMM FC, Awang Mohammad Helme bin Panjang melahirkan harapan agar pemain-pemain DPMM FC akan membuat persembahan terbaik daripada perlawanan sebelumnya menentang Selangor.

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Allen On berkata, syarikat berkenaan berharap akan menganjurkan lebih banyak lagi acara untuk masyarakat dan salah satunya adalah perlawanan bola sepak berkenaan.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penaja acara berkenaan dan berharap dalam perlawanan yang diadakan esok, stadium negara akan dipenuhi dengan penonton.

    Sidang media itu menampilkan dua orang pemain Legenda EPL, Luis Gracia dan Wes Brown, sementara itu, Legenda Bola Sepak Dunia (WFL) pula diwakili oleh Pengasas dan Pengarah, Ian Holahan dan Oceanus Media Global (OMG) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nick Tan.

    Turut hadir ialah barisan pemain seperti Emile Heskey, Patrik Berger, David May, Paul Rachubka, Vladimir Smicer, Dimitar Berbatov, Eric Djemba-Djemba, Benjamin Thornley, Daniel Webber, John Durin, Phil Babb, David Thompson dan Erik Nevland.

    Gambar ramai pada sidang media bersama penganjur dan pemain-pemain legenda EPL bagi perlawanan antara DPMM FC dan Legenda EPL sempena imagine Football Fiesta. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Sidang media yang berlangsung di Peak Club, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...