Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    KDNFC, CHS Football Korea jalin kerjasama pembangunan bola sepak

    KOTA BHARU, 30 April – Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat dari Korea Selatan CHS Football Korea bagi program pembangunan bola sepak, semalam.

    Pada majlis pemeteraian itu KDNFC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala CHS Football Korea yang memiliki kelab dalam Divisyen Keempat (K4) Liga Korea Selatan iaitu FC Sejong, diwakili pemiliknya, Son Jin Young.

    Rozi berkata perjanjian berkenaan meliputi antaranya program pembangunan bola sepak sehingga peringkat akar umbi.

    “Antaranya pertukaran pemain skuad bawah 20 dan 23 tahun, program mengembangkan bakat muda sehingga ke Korea Selatan dan perkongsian latihan dan meningkatkan ilmu kejurulatihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam kenyataan sama Jin Young melahirkan rasa gembira dengan kerjasama tersebut.

    “Saya yakin perjanjian ini akan memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua pihak dan gembira dapat bekerjasama seterusnya meluaskan lagi jalinan dalam pembangunan akar umbi bagi kedua-dua pihak,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...